jump to navigation

Script Makhluk Allah March 2, 2010

Posted by anakpakcikmuhsin in renungan masa kini.
add a comment

Manusia – Eh, dah subuh dah?

Malaikat – bangunlah wahai anak Adam, tunaikan solat subuh mu …..

 Syaitan – Alahhhhhh, kejaplah, ngantuk ini…awal lagi nie?.zzzzzzzz

 Manusia – Nak makan, laparlah ??

 Malaikat – Wahai Anak Adam, mulakanlah dengan Bismillah… ..

 Syaitan – Ahh, tak payahla… dah lapar ini !! mmm..sedapnyaaaa? …..

 Manusia – Hari ni nak pakai apa ye?

 Malaikat – Wahai anak Adam, pakailah pakaian yang menutup aurat..

 Syaitan – Ehh, panaslah, takde style langsung, nampak kampung!!!

 Manusia – Alamak, dah lewat!

Malaikat – Bersegeralah wahai manusia , nanti terlewat ke pejabat..

Syaitan – Ahhh?awal lagi?mmm..aaahh? suruh si X, punchkanlah?

 Manusia – Azan sudah kedengaran.. …..

Malaikat – Wahai anak Adam, bersegeralah menunaikan kewajipan

 Syaitan – Baru pukul berapa.. rilex lah..awal lagi nieii selagi x abes waktu solat still ok lagi..

 Manusia – Eh, eh… tak boleh tengok ini, berdosa…

 Malaikat – Wahai anak Adam, alihkanlah pandanganmu, sesungguhnya Allah Maha Melihat dan Mengetahui !

Syaitan – Perggghh… best tu… . rugi ooo kalau tak tengok nie..

 Manusia – Saudaraku sedang melakukan dosa

 Malaikat – Wahai anak Adam, cegahla ia..

 Syaitan – Apa kau sibuk? Jangan jaga tepi kain orang, lantaklahh! …

 Manusia – Elok kalau aku sampaikan nasihat ini kepada orang lain

 Malaikat – Wahai anak Adam, nasihat-menasihatil ah sesama kamu..

Syaitan – Sendiri pikirlah, semua dah besar, buat apa susah2… pandai2lah?

 Manusia – aku telah berdosa..

Malaikat – Wahai anak Adam, bertaubatlah kamu,sesungguhnya Allah Maha Pengampun. .

Syaitan – Tangguhlah dulu, lain kali boleh bertaubat… lagipun muda hanya sekali….rugila. …… (kalau sempatla)

Manusia – Kalau pergi, mesti seronok!

 Malaikat – Wahai anak Adam, kakimu ingin melangkah ke jalan yang dimurkai Allah, berpalinglah dari jalan itu …..

 Syaitan – Jangan bimbang, tiada sesiapa yang tahu…Jomlahhh. .

Manusia – Uuhhh?letihnya arini..tak solat lagi nieee?.

Malaikat – Wahai anak Adam, taatilah Allah dan RasulNYA, kebahagiaan di dunia dan akhirat untukmu. Solat itu wajib bagimu…

Syaitan – Hey anak Adam, ikutilah aku,kebahagiaan di dunia (sahaja) dan kebahagiaan diakhirat (jangan mimpilah!) untukmu….

Advertisements

just where ARE YOU GOING?? February 17, 2010

Posted by anakpakcikmuhsin in renungan masa kini.
add a comment

Are you going to Heaven or going to Hell,

When life here is ended and time’s rung its bell?

Will your soul travel straight to regions of bliss,

Or depart to the depths where all joys you will miss?

Come on now, O people, just give me your time,

And read what is written, don’t miss any line!!

 

We are all on a journey, yes you and me too,

From the moment we’re born, you’ll agree this is true,

For some, time is short but for others quite long,

But it passess so quickly and then it is gone.

 

In the ‘dash’in between we are born and we die,

There’s a space God has given us to live in this temporary world,

Those unaware of the signs of The Almighty remain deaf and blind,

And wise is the one who heeds and prepares!!

 

O Allah the Creator of alameen the one and only God,

He gave us the honor to lead the world but we did nothing,

Come now and repent from the depths of your heart,

For forgiveness is free, you can make a new start!!

 

There’s power in the Koran and Sunnah that the Prophet have left for us,

To pardon and cleanse before you’re under the sod,

If you’re one of the believers who bear the trials,

Only Him who will reward you with precious Jannah.

 

Come right now to Allah wherever you are,

In office or home, in field, street or car;

Take heed to this message, no longer delay,

For time’s running out – it may be your last day!!!!

the unfortunate events?? February 8, 2010

Posted by anakpakcikmuhsin in suka suki=).
2 comments

alhamdulillah 5 feb berjaya la dilaksanakan MABIT 2010…MABIT aka malam amal ibadat tarbiyyah kalo xsilap aku selamat dan mohon kepada ilahi diberkahi buat dekat masjid besar taman finsbury…aku ngan anakpakcikmasgelan sampai agak lewat coz tunggu kawan die from aussie sampai…mantap tetamu datang anakpakcikmasgelan jamu ayam masak madu…meletoppp…

sampai kt masjid cm biasa anakpakcikmuhsin excited jumpa anakpakcikmajid sume so mata buntang susah nak tido…so kitorang duk merapu dalam gelap sampai la kakak rock sound suh senyap…thnx akak at last kami tdo…sebbaik aku xkena jaga malam…heheheh…jutaan jazakillah buat fityah n the gang yang bersengkang mata…alhamdulillah sayu aku mendengar bacaan ayat suci ummi harris time qiam pagi tu…mendayu2 menusuk kalbu aku…semoga allah taala bagi aku yg banyak dosa ni tsabat menunaikan amal buatNya semata2…

unfortunate events bermula:

1) kad tiram menghilang 

habis je sesi MABIT 2010 anakpakcikmajid wat lawak antarabangsa time nak balik…oyster card hilang…baru top up 20 pounds…seratus hinggit tu!!!bersedih dan terus nak cancel lunch with future housemates – ni adalah event weekend yang free utk rehearsal jadi housemate…aku pon bersimpati…so aku n anakpakcikmasgelan teman la dia balik barbican…punya nak bg dia happy balik singgah barbican nak beli barang nak masak…tetibe segala bagai masakan anakpakcikmajid list nak makan…brownies, kek batik, cekodok pisang, yorkshire pudding…wah gaya macam xhingat dunia oyster baru hilang…tp kami sedaya upaya merealisasikan segala2nya…dan jadilah incident xdisangka…

2) apakah LARD??

sampai barbican aku in charge ayam bakar…anakpakcikmasgelan brownies…anakpakcikmajid yorkshire pudding ngan cekodok pisang…tetibe cik brownies kate tolong measure butter secawan…aku pon amek la konon2 butter yang aku beli cap lard tu…awat bau busuk sangat???weyh b**** cube ko bau asal busuk sangat???cam kambing je…b**** pon suruh anakpakcikmasgelan google ape lard sambil kitorang duk cium2 lagi…AAAARRRRGGGHHHHHHH!!!jerit anakpakcikmasgelan…lard tu PIG FAT!!!!!!aku ngan reflex balik ketul lard tu terabur sume…ya allah apakah nasib malang ini…aku pon kalut la tonyoh sabuh taharah kt muka tangan segala bagai…ok setelah tenang sambung buat keje balik sambil terbayang2 peristiwa ngeri itu!!!

3) S.O.S cekodok pisang!!!

anakpakcikmajid suh aku ramas pisang nak buat cekodok…baiklah…dah siap mmg aku la yg kene goreng…panas minyak…n masukkan…guna tangan barulah jadi bulat2 yg comel…mmg comel lagi kiut-miut…aku bangga dan berbesar hati…tetibe nak kalih melekat plak…1st batch dah jadi ala2 buntut kuali…2nd batch lebih kurang gak resultnye…mmg dominant betul 1st generation…S.O.S…call malaysia tanya bunda anakpakcikmasgelan…terpana makcik dengar…dia sempat lagi gelak then suh padam api then nanti sambung…terbaikkk!!!tapi kami x putus asa after that sambung lagi n alhamdulillah jadi la jugak…baru aku paham awat la makciknorma salu nak sekeh aku bile aku terhegeh2 nak menggoreng…

4) prinsip 6 feb- MASAK DAN BUANG

ok korang make sure tarikh ni ingat ye nak amalkan prinsip terpuji ni…dah siap wat bancuhan brownies ala2 survivors panama island…masuk la dalam mangkuk nak bakar yang baru beli n masuk oven…temperature sume terbaikkk…ok masa nak siap2 utk makan ayam bakar n nasik…sambil nak hidang aku tergatal tangan belek botol vanilla essence…ya ampun ya ilahi ETHANOL!!!muka semua orang dah redha ngan segala ujian yang maha besar…konon2 nak dapatkan pendapat og tua2…call kak nik aminah…dia plak nak tny husband…aku dah tau mmg xleh makan…pe lagi amek kate sepakat tunggu masak nak tgk texture die menarik x since kitorang alter segala instruction sesuka suki coz barang x ckp n xlarat nak pukul…alhamdulillah rupa bau dan segalanya memuaskan hati tapi ttp HARAM…so terlaksana la prinsip 6 feb – MASAK DAN BUANG…

perggghhh hari ini adalah mencabar…kami bertuah berpeluang mendapat tarbiyah 1st hand experience dari allah taala bab kepenggunaan…ingatlah kawan2 larg tu lemak babi…jgn beli regardless harga nya sgt murah n tulis suitable for baking n frying…HARAM!!!najis mughallazah…

cabaran luar negara!!! February 7, 2010

Posted by anakpakcikmuhsin in renungan masa kini.
add a comment

asal nak fly je berjela la mak ayah makcik pak cik atuk nenek org kampung pesan…gi sana nanti sembahyang bang jaga leklok…nenek aku nye pesanan sempoi hang sembahyang awal waktu ngan jgn pakai seluar ketat…baik tok!!!cucu akur menurut…actually diorang xdpt bayang cmne kte react nanti once dah sampai n the best thing is diorang langsung xtau bagaimanakah rupa anak cucu mahupun anak sedara mereka berkelakuan…mungkin bagai kera luku jumpa bunga ataupun ala2 si tenggang dan mungkin juga ibarat benih berguna dicampak ke darat menjadi permata dicampak ke laut menjadi mutiara dicampak ke langit menjadi kejora…

how many people agree that culture shock is inevitable???ke kte yang men’shock’kan diri sendiri?aku buntu!!kalau kt msia dulu nafsu berbelanja aku mantap la jugak namun sejak dah sampai UK ni ble dah kawan ngan anakpakcikmajid aku agak kedekut hajjah bakhilah…adakah itu kejutan mata wang??tapi aku yakin setiap kejutan ala2 surprise ni pasti ade hikmahnye…how about once we arrived in the UK the darker side of us shines??seperti Dr. Jekyll mungkin…tanpa ada orang sekeliling mengetahui saya adalah seorang Muslim yang punya keterikatan kepada hukum hakam Ilahi, adakah saya bebas melanggarnya sesuka hati??mungkin di Tanah Melayu ada mak ayah BADAI SSP mahupun MUSCOM nak settlekan kalo kte solat puasa tunggang terbalik…adakah ISOC di sini terlalu concern kpd kita sampai begitu sekali??

ohh tidak seribu kali tidak!!!daa~~~ko dah besar kot anakpakcikmuhsin…kt umah boleh r pak cik muhsin jerit nama penuh hang tiap2 kali subuh!!kt sini harapan menggunung la jawabnya…kt umah boleh la mak cik norma asyik dok komen ala2 tyra banks tiap2 kali hang pakai baju nak kuar umah…

mari kita fikir balik datang negeri orang ni mmg mat salih akan mempengaruhi kita ataupun kita yang nak terpengaruh ngan budaya mereke???tepuk dada lu pikir la sendiriii!!!

berhabukkk!!! January 26, 2010

Posted by anakpakcikmuhsin in Uncategorized.
2 comments

alsan!!!exam konon…memang itu pon alasan aku guna pasal xupdate blog…mula2 ade perasaan malas tapi aku sedar aku sunyi la…huarrrggghhh kalo insan2 yg mengenali diriku pasti cuak nak dengar aku merapu nak kawin…tp pikir2 balik baik aku jgn kawin lagi…takot serabai rumah tangga aku dan aku mmg x sanggup kalo encik muhsn masuk campur…hahahahaha…abah i miss u so much!!!

last weekend aku ade small  gathering batch sekolah menengah aku di kota london…salah seorang anggota ohana 0206 dari moscow terbang ke bumi britain mencari kami…justeru aku pon memerah otak mencari apakah menu terbaik ingin menyambut sahabat istimewa rakan ketawa rakan time diragging dulu…hahahahah…aku pon sms sorang adik manis ni…mak aiii garang skali cara reply…bajet aku laki terhegeh2 yg nak kacau2 die la…akhirnya adik manis tu reply nk mkn laksa…

apa lagi…baiklah mak cik norma comes to the rescue!!!mamaku sayang gimana ya cara mau buat laksa itu???jawapan standard bundaku…tu lah dulu aku suruh practice buat hang main2 buat lawak bangang ngan aku…hahaha…skarang aku suka plak dgr mak ayah aku bebel kt aku…mama pon ajar la ilmu rahsia turun temurun nk buat laksa…

tetibe ngah khusyuk aku dok salin recipe tetibe muncul suara macho pak cik muhsin…ni mai aku nak habaq kt hang…laksa mama hang tak sedap….cara abah masak lg sedap n setelah diamati caranye mcm lebih kurang…apakah bezanya wahai ayahandaku sayang???ayah aku ni mmg ade penyakit ske sakat cara memasak mak aku… aku pon jawab la ala dari kecik along makan yg mama buat n rasa sedap so along ikot cara mama kot…pak cik muhsin replied…ni aku nak meluat kt orang ni…aku habaq aku tau la mana yg lagi sedap…ada baur2 king control di situ ya tuan2 dan puan2…hahhaha…tapi aku selesa…walau pon hanya di corong telefon tapi aku bahagia…

kalau dahulu credit topup mmg ngan ex-boy friend(poyos aku) la aku dok sms tp skarang masyuk ooo sms ngan mama n abah…abahku yg cute melayan gu jun pyo kt 8TV n kalut nak sms aku caap die ngah nak tgk cite korea tu time aku ngah dalam klas…cute la plak pak cik muhsin makin lama ni…aaaahhhh aku rindu la mama ngan abah!!!

salam dari jerusalem December 2, 2009

Posted by anakpakcikmuhsin in renungan masa kini.
add a comment

ku panjatkan kesyukuran kepada yang Maha Esa kerana aku masih diberi nikmat menghirup udara meneruskan kehidupan…sungguh aku jauh dari ayah bunda tapi aku masih selesa meneruskan tugasku sebagai hambaNya…aku bebas kemana2 tanpa perlu risau memikirkan hujan peluru di tengah jalan…yang perlu aku risaukan hanyalah godaan syaitan yang direjam baik dari kalangan jin mahupun manusia…

syukur sekali lagi aku berkesempatan menghadiri satu sesi khas bersama Imam Besar Masjidil Aqsa di Guys Campus terchenta…xsemua orang mampu mendapat peluang seperti aku…New Hunts House Lecture Theater dibanjiri manusia sehinggakan di anak tangga pun penuh dengan insan yang dikehendaki Allah kebaikan ke atas mereka…Ya Allah aku xpasti bagaimana mahu menggambarkan suasana ketika itu…tatkala Sheikh melangkah masuk seluruh dewan sepi dan mmg terasa aura mantap daripada beliau…Sheikh menggunakan bantuan brother sebagai translator…

WHY PALESTNE IS OUR RELIGIOUS MATTER?????

pertama2 sekali reason ni rasanya mmg ramai yang tahu : Qiblat pertama umat Islam….

tapi persoalannya berapa lama Masjidil Aqsa menjadi qiblat pertama? 16 bulan sebelum turunnya wahyu di Masjid Qiblatain agar qiblat berubah menghala ke Kaabah di Masjidil Haram…aku baru tau jugak yang kalo solat di Masjidil Aqsa 500x ganda ganjaran…diikuti Masjid Nabawi 1000x rewards dan di tangga teratas Masjidil Haram dengan catatan 10 000x lipat pahala melimpah ruah…masha Allah betapa pemurahnya Allah Taala itu…

Baiklah sedikit sejarah ringkas mengenai Palestine Bumi Bertuah…ketika Nabi Allah Ismail diputerakan di sini adalah pada tahun 1794BC…dan menurut sejarah setelah Saidina Ali membuka Palestine, he didn’t spread the land of Ummah…ini mmg sangat mengikut sunnah Rasulullah SAW ketika Fathul Makkah…baginda langsung x membahagikan tanah Makkah kepada tentera Islam seperti lazimnya setelah berjaya menawan sesuatu kota baru…Di bumi Palestine ni semua Insha Allah telah maklum adanya Kubah Sakhra yakni Dome of Rock yang berwarna emas itu…menurut Sheikh this is the closest place to sky…In one of the verse in the Holy Quran, Allah will call call from close place on The Day of Judgement…

Tiba-tiba…….bangun seorang brother dengan sangat berkarisma lagi wibawa juga kaliber bertanya, “What can we do help the Palestinians? Here in Kings College we managed to collect good amount of money for charity purposes.”….Sheikh senyum dan membalas, ” FEAR TO ALLAH and STEADFAST TO YOUR RELIGION.”…Berdezupppp dushhh masuk dalam hati aku terasa weyhhhhh…Sheikh kate all helps come from Allah…so kalau nak mintak apa2 memang kene mintak dgn Allah…kalau x buat apa2 perintah dan meninggalkan larangan Allah untuk mencari keredhaanNya cmne Allah nak tolong….Ya Allah waktu ni mmg terdiam satu hall…make sense sgt semua ni tp tetap kita ummat Islam akhir zaman ni xreti nak sedar diri…Malu weyh malu!!!!!!!!!!!

walau apa pun aku terharu dgn esan Sheikh di akhir sesi bersama muslimat di cafe…Pesannya :

i). Constantly fear to Allah

ii). Hold on to the road of Allah

iii). Stay united. Help those in difficulties

He also said this Ummah has been blessed in many ways…Di dunia di mana2 insha Allah Muslims can be easily distinguished…muslimat dan mukminat pakai hijab…so mmg obvious dia seorang Muslim…di akhirat pulak kita akan dikenali melalui sinar cahaya di muka akibat daripada wudhu’…melalui cahaya wudhu’ ini Rasulullah SAW akan kenal kita dan panggil kita…Ya Allah besarnya nikmat being acknowledged dengan Rasulullah…Ameen… justeru kalo xsolat anakpakcikmuhsin xsure cmne nak kenal nati…

diari aidiladha November 28, 2009

Posted by anakpakcikmuhsin in dia dan ......
add a comment

raya qurban datang lagi…sehari sebelumnya adalah Yaumul Arafah yang mana jemaah haji berkumpul di Padang Arafah…hari yang penuh keberkatan…ummat manusia disunatkan berpuasa…aku pada mulanya terlupa tp alhamdulillah diingatkn oleh teman sekuliah dan juga kenalan taulan yang menghantar sms mengingatkan pahala puasa pada hari Arafah…on that day itself aku ada xperiment LDH assay dari jam 2 sampai 5…tepat jam 4ptg berpusu2 brothers dalam lab aku mintak permission nak keluar solat n iftar…aku pun ikut serta…ya allah nikmatnya berbuka bukan kerana food yang disediakan sedap di prayer room (tamar dan brownies sainsbury’s) tetapi melihatkan sesaknya prayer room dengan hamba Allah Taala yang berlumba2 mencari fadhilat puasa pada hari itu…kami solat maghrib berjemaah…

Keesokannya adalah Eidul Adha…namun aku ade TUTORIAL enzymes dengan Dr. Roberto Steiner yang bermata hijau turquoise…ramai je kawan2 group aku ponteng tp aku xsampai hati coz Dr. Roberto ni even sempoi selamba alam tp bila explain something perggghhh mmg by heart la semua orang paham…so aku pun dgn berbaju kurung melangkah ke Guys Campus di pagi lebaran raya korban…ayahanda di kampung awal2 lagi dah gelak terkekek2 aku raya dlm kelas…Alhamdulillah segala kekelabuan aku pasal Michaelis-Menten eqn n Lineweaver-Burk terlerai…aku senang hati…

Aku mendapat jemputan dari teman sekuliah untuk datang ke rumahnya di Finchley Central…rezeki jangan ditolak bala jgn dicari…aku pon ke sana…terasa terubat jugak bila tolong2 ibunya di dapur menyediakan juadah sedikit sebanyak di hari raya…the whole family treat me like part of them even br je kenal…aku dah siap makan sume kt dapur…dah xde hidang2 ala2 tetamu…apa yang menarik kt sini…kemesraan kami terjalin tanpa ada beda masa dan usia…mungkin kerana kami dari tanah melayu…mungkin juga kerna aku teman sekuliah puteri bongsu mereka…tapi bg pihakku ini tak lain x bukan atas dasar persamaan akidah yang kami miliki…sesungguhnya persamaan ini lebih utuh berbanding persamaan susur galur darah keturunan…

aku ingat lagi kisah mus’ab ibnu umayr yang sebelum islamnya beliau adalah anak hartawan yang paling tampan, kacak, bergaya dan menjadi kegilaan serta igauan gadis2 kota makkah ketika itu…namun setelah memeluk Islam beliau mengalami konflik dahsyat dengan bundanya lalu disisihkan bundanya…ketika perang Badar beliau turut serta…di akhir peperangan di mana Islam menggenggam kemenangan, adiknya Mus’ab menjadi tawanan perang…adiknya adalah seorang mushrikin…Mus’ab cakap kepada sahabat seagamanya agar mengikat tangan adiknya kuat2 agar tidak terlepas kerana dia mempunyai seorang ibu yang sanagt kaya yang mampu menebusnya dengan jumlah harta yang banyak…

Sumpah alangkah terkejutnya adindanya ketika itu…tergamak Mus’ab berkata sedemikian namun penjelasan Mus’ab ringkas lagi sempoi tapi benar…pertalian akidah itu lebih utuh ikatannya berbanding pertalian darah…jadi tidak semena2 tanpa sedar aku membenarkan kata2 tokoh agung, Duta Islam pertama pada hari ini di bumi Finchley (zone 4 north London)…

semoga ikatan akidah aku dan keluarga itu terus utuh…Ameen…

kondo blok A November 26, 2009

Posted by anakpakcikmuhsin in dia dan ......
8 comments

alhamdulillah syukur ke hadrat Allah Taala telah selamat dua bulan aku menapak di bumi UK ini…kagum kerna sepanjang di sini aku terasa terpelihara ala2 ketika masa mudaku di sebuah alma mater tersohor di pinggir ibu kota…di sini aku ibarat terpelihara…semoga inilah lembayung kasih sayang Ilahi…Insha Allah…

aku teringat ketika di Tanah Melayu, beberapa bulan terakhir sebelum fly aku menumpang di sebuah kondo mewah bukan sahaja di luar tp di dalamnya…penuh dgn satu atmosphere yang pasti tak dapat kt mane2 kondo…ini tribute aku buat penghuninya yg melayan aku sebagai tetamu buat 3 hari pertama…genap 3 hari aku adalah penduduk tetap…

ketua rumah : sherry william

berkhidmat di jabatan islamic banking Kijang Emas Bank…pada mulanya gagal mendapatkan jawatan yang didambakan setelah diarahkan pulang berkhidmat oleh Kijang Emas…namun bersungguh2 menyakinkan bosnya beliau mampu bertugas di posisi tersebut…alhamdulillah dan tahniah…bintang tenis negeri sembilan sekitar lewat 90-an…handal memasak namun sentiasa bermonolog tatkala di dapur…konon2 para penonton mengikuti perkembangan resepi beliau…selaku ketua keluarga kondo mewah tersebut beliau akan memastikan ahli2nya solat subuh di awal waktu…barangsiapa culas pasti akan mendapat sepakan dragon ball yang bisa menggegarkan mimpi indah…pernah mencuba menegur diriku yang serba hina ini agar berkelakuan sopan dgn menceritakan kisah jaulahnya ke spain…rahsia antara anakpakcikmuhsin n sherry sharapova…jutaan terima kasih buat sherry william kerana sudi menegurku…dan juga jutaan terima kasih kerana sudi membikin teks ucapanku bertemu hak penaja kala aku dalam kesusahan…di bumi UK aku mula faham tabiat pelikmu…dan sedikit sebanyak aku terpengaruh dengan tabiat itu…aku kagum usaha kerasmu menyampaikan butir mutiara kebenaran itu walau kau lelah kehabisan kudrat di akhir hari…

geng menara pucuk rebung : akhm sharapova and mrs. shah jaban

akhm sharapova~rakan seperjuangan sherry william di arena tenis negeri sembilan…mempunyai 5 keponakan yang sungguh mengagumkan ie bakal menggegarkan dunia dengan fikrah kehidupan yang sebenar2nya…currently bertugas sebagai auditor di sebuah syarikat telepon terkemuka…punya keluarga yang cukup penyayang lg harmonis…famous tagline of hers : poyosssss….kalau di pg hari sering memakai mahkota kurniaan maha esa tanpa menyedari betapa sesungguhnya ramai yang terpegun dengan mahkota miliknya…baru sahaja pulang ke tanah melayu setelah selesai membentangkan kertas kerjanya di kota Constantinople, kota jajahan Muhammad Al Fateh…alhamdulillah semoga kertas kerjamu memberi kebaikan kepada manusia sejagat…jasamu yang paling kuiingat hingga ke akhir hayat tatkala kau meminjamkan bahumu ketika aku mendapat khabar pilu ujian dari yang maha kuasa…engkau sabar mendengar aku merintih keanak-anakan…langsung kau membelanja aku makan tengah hari di West Bank…ketika kau membawa aku pulang ke teratakmu, aku takjub melihat betapa manis dan beruntungnya engkau mempunyai keluarga yang mempraktikkan Al-Haq…aku pingin keluarga sepertimu suatu hari nanti…Insha Allah…Ya Allah ya tuhanku Kau kurniakanlah saudaraku ini pendamping yang mengabdikan diri hanya kepadaMu…Ameen…

Mrs. Shah Jaban~Bukan klon Shah Jahan…telefonis lulusan Nippon…sepanjang melanjutkan pelajaran di Japan pasti transit di Bandung setiap kali berulang alik cuti summer…sentiasa mengalami konflik dalaman sama ada dirinya telah berbadan dua atau belum…sering menggunakan alasan ini untuk mengaburi mata teman sekondo…masih segar dalam ingatan tatkala kau pulang daripada bertemu Mr. Shah pada malam itu…aku dan akhm sharapova telah menjemputmu di KL Sentral…walaupun ketawa kami pecah berderai bukan maksud kami mengejekmu…engkau sungguh yakin dengan busanamu…ya benar aku kagum!!!cekodok kentangmu masih segar di benak ingatanku…pabila rajin menjengukmu kau tanpa berkira terus menyajikan santapan pagi buat kami…sungguh aku malas ke pucuk rebung setiap pagi namun mengingatkan saat pergi dan pulang dari pucuk rebung bersamamu dan akhm sharapova aku terus bersemangat…ingat lagi setiap isnin pasti kita singgah di pasar sore Pantai Tengah…engkau sering sahaja kepingin cucur cempedak manakala akhm pula dengan kek coklat basah isitimewa…sungguh aku rindu itu semua…saudaraku Mrs. Shah Jaban aku paling hargai pabila kita bersama2 memeras buah pikiran bagaimana menambat hati adik2mu di Menerung…Masha Allah akan aku aplikasikan semua idea kita dulu untuk menambat hati2 di kota London…doakan aku ya…

Senpaiku Siti

Inilah satu2nya senpaiku dari bangku sekolah…aku ingat kagi bagaimana terbelalaknya mata hatta wajahmu ketika pertemuan kita yang pertama setelah pintu kasih sayang Maha Esa mengetuk hatiku…aku pasti engkau “I can’t believe my eyes anakpakcikmuhsin ke ni?’…namun kau berjaya menyembunyikannya dengan sempurna…masih juga aku ingat rupa2nya dari bangku sekolah lagi aku mengagumimu dek kepintaran akal fikiranmu…saat2 diumumkan ‘principal’s list’  Senpaiku Siti pasti di depan sekali dgn PNG(E) 4.0…alhamdulillah engkau tidak pernah mensia2kan anugerah Ilahi…aku kira setelah meninggalkan sekolah tercinta kau asti membenciku akibat sikap keanak-anakan ku yang menjadi2 dahulu…namun ternyata kau menerimaku dgn hati terbuka…walaupun aku jauh beribu batu kau tetap sudi mendengar celotehku tatkala aku pilu ditimpa ujian kecil dariNya…kata2mu banyak mengubat kedukaanku…aku perasan tutur katamu sentiasa lembut…walaupun kau diselubungi amarah tetap senyuman yang bermain di garis bibir itu walaupun tidaklah seindah mana…sungguh jauh bezanya dengan diriku yang serba kekurangan ini…ingat enggak di awal bulan pertama kalian pindah ke kondo itu Senpaiku Siti menjalani kursus Kijang Emas selama 2 purnama…akulah yang berlagak menggantikan tempatmu namun setiap malam pasti ada salah seorang ahli kondo akan menitipkan namamu terkenang apa yang engkau sedang lakukan…lihat betapa manisnya persaudaraan kita…ibarat pungguk rindukan bulan…Senpaiku Siti kita punya tanggungjawab besar mencorak semula adik2 di alma mater kita…kita punya peluang besar memberi mereka ruang dan peluang merasai manisnya kasih sayang pencipta…semoga kita tidak pernak lelah melakukannya…Insha Allah…

Tinis Martinoz

Kecik sahaja susuk badannya…masih ingat gurauan kalau Tinos Martinez diangkat pasti mampu dilambung2…jurutera cili padi ini adalah graduan Jepun…walaupun pada mulanya engkau tidak begitu gembira di tanah Yamaguchi namun engkau akhirnya berjaya graduasi…besar anugerah Allah meringankan urusanmu…aku pertama kali mengikutmu ke ambang asuhan menemui adik2mu…aku bagai tidak percaya engkau langsung tidak berkira soal wang demi membahagiakan adik2mu…dari situ aku belajar harta dunia datang dan pergi namun harta akhirat mahal tidak terperi…maka adalah baiknya aku melabur harta di akhirat sana…engkau sangat particular dengan pergaulanmu…semahu2nya engkau malas ingin berurusan lama2 dengan adam…Masha Allah sungguh suci hati dan mindamu…aku seringkali melihat walaupun penat seharian engkau membanting tulang empat kerat di kilang barcode printer itu namun di sebelah malam kau tetap meluangkan masamu membedah buku2 karya tokoh2 agung arena kita…engkau malah sanggup berhabisan wang sekali lagi membeli kitab2 itu semata2 untuk mencari keredhaan yang maha esa…aku pula di awal penginapanku di kondo sungguh culas membaca bahan bacaan sebegitu…apa yang aku tahu adalah bacaan bertaraf pikiran kanak2, imaginasi kanak2, mainan kanak2 malah sekadar dambaan seorang kanak2…sungguh cetek tahap pemikiranku ketika itu…terima kasih kau banyak menunjukkan contoh agar aku lebih matang…pun begitu sambal tempoyak KK mu sentiasa menjadi igauanku setiap kali menjamu selera di sini…nikmat itu hilang sementara buatku di bumi ini…terima kasih tak terhingga kuucapkan…

Puteriku Intan Permata

Kulitmu bersih…tutur katamu sopan…tetapi akibat mulut badan binasa…aku pernah megguris hati dan perasaanmu…sungguh niatku untuk bergurau…aku ingat lagi aku cuba mengusikmu yang sering membawa tersilap membuka sepatu di dalam rumah…namun aku mungkin melebih2 sampai kau akhirnya bertukar nada…sherry william,akhm sharapova mahupun tinis martinoz terus lari kedalam kamar meninggalkan aku terkontang kanting…aku sangat bersalah namun aku takut ingin bersemuka denganmu…akhirnya aku bertemu Mrs. Shah Jaban menceritakan segala cuak di dadaku…Alhamdulillah beliau berjaya menenangkan aku dan sekali lagi rahmat Allah Taala kau datang bertamu langsung mengungkapkan kata maaf kepadaku…setelah pulang ke Jelapang Padi aku sering ternanti2 berita darimu…aku sering mengandaikan kau masih terasa dengan diriku…Alhamdulillah beberapa hari sebelum aku berangkat kau mengirimkan khabar ringkas…tapi sayang seribu kali sayang sim card ku telah di ‘bar’…maafkan aku wahai puteri…aku sentiasa mengingati dirimu…aku sedar kau sanggup berbuat apa sahaja asalkan risalah pencipta tertegak di bumi ini…semoga kaulah pewaris semangat juang Fatimah puteri Muhammad SAW…ameen…

Dr MIA

Aku faham tugasmu yang selalu on call berkhidmat kepada yang kurang bernasib baik…mungkin kita tidak sempat bertaaruf panjang…tetapi pada minggu terakhir aku mengaku aku terharu apabila kau seolah2 memujukku tinggal lebih lama memandangkan kau cuti selama seminggu…kau mmg kurang ekspresi tapi aku yakin hatimu tulus…ada baiknya raut wajahmu begitu…setidak2nya pesakitmu gagal menjangka apaka diagnosis mereka…aku ingat lagi di Setapak ketika kita bersukan beriadah membina ukhwah…salah seorang dari kita kekejanagn setelah bermain bola jaring…semua panik mencari engkau yang leka mencuba busana tudung indon dan jubah…kau datang dengan wajah selamba meyakinkan tiada apa2 yang perlu dikhuatirkan…cuma small matter sahaja…aku suka mendengar kis2mu di perantauan…kisah2mu mendampingi pesakitmu…kisah pengalamanmu di kamar pembedahan…memang sukar dijangka sungguh hebat semangatmu…walaupun aku sering bertentang mata denganmu (mana tidaknya Dr MIA on call hanya balik ke kondo untuk menukar pakaian) tapi aku pasti kau punya banyak rahsia memukau hati manusia…aku sangat berharap suatu hari nanti kau sanggup meluangkan masa buatku agar dapat ku selami segala2nya….aku perku kekuatan badangmu untuk terus bertahan di gelanggang ini…Insha Allah aku akan mengikut jejak langkahmu…

#1 housekeeper

jauh kau datang…menuntut ilmu…kau adikku tapi kematanganmu lebih dariku…kau sabar…aku rindu ayat2 ikhlas spontan yang sering meniti di bibirmu…peraturan kondo mmg melayan tetamu selama 3 hari sahaja…pertama kali di kondo kau tinggal selama seminggu…mmg kau telah menjadi ahli rasmi…kerana itu juga kami berpeluang merasa lauk2 masakanmu…ingat lagi mee segera yang kau sediakan buat diriku yang baru pulang dari pucuk rebung…walaupun masindan kembang tetap aku rasai kemanisan kasih sayang yang kau tumpahkan…terima kasih #1 housekeeper…aku harap kau sentiasa tabah di jalan ini…dan sentiasa rajin menyempurnakan ‘shkudai’ mu…semoga kita bertemu di bawah taburan sakura..Insha Allah…

anakpakcikmuhsin sentiasa berharap dia akan sentiasa menjadi ahli kondo walau di mana dia berada… 

anak singa anak kambing jua November 23, 2009

Posted by anakpakcikmuhsin in renungan masa kini.
6 comments

last weekend buat julung2 kalinya aku menjejakkan kaki ke Barbican bermalam di bilik bakal housemate aku…so dipendekkan cerita setelah bermati-matian menunjukkan skill memasak kitorg maka siaplah late dinner kitorg sphagetti babas, yorkshire pudding n ayam tikka masala…bayangkanlah betapa besarnya nafsu makan bakal housemate aku nih…dinner berdua pon sampai byk tu…

then kami pon mengambil keputusan tgk movie religi terkenal masa kini ‘Ketika Cinta Bertasbih’…tp spoil la ending die sangkut coz kene tunggu continuation KCB2…maka aku pon pulang dan berhempas pulas men’download’ ebook KCB2…alhamdulillah saat aku menitip tinta kalimah ini aku usai membaca karya Habiburrahman El Shirazy itu…ade satu cte dlm buku ni aku nk kongsi…p/s : anakpakcikmuhsin telah mengubah ayt sedikit sebanyak tanpa menukar maksud asal

di dalam sebuah hutan nun jauh di Kilimanjaro ada seekor anak singa br lahir yg kematian kedua ayah bunda kerana ditembak pemburu haram…bayi singa yg lemah itu tiada tempat perlindungan…xberapa ketika dtglah sekawan kambing melewati kawasan itu dan ada lah seekor ibu kambing yg terusik naluri keibuannya melihat anak singa itu sebatang kara…maka ibu kambing pon menghampiri anak singa itu dan melingkari di sekelilingnya dan terus tumpah bibit kasih sayang ibu kpd anak kecil itu…tidak semena2 anak singa yg baru pertama kali merasa kasih sayang seorang ibu langsung enggan berpisah dgn ibu kambing tersebut…anak singa pon sahlah diangkat sebagai anak angkat kawanan kambing itu…hiduplah mereka aman damai sehingga saat hitam itu menjelma…..

pada suatu hari datanglah seekor serigala menunjukkan taringnya menyerang kawanan kambing tersebut tatkala anak singa itu bermain2 bersama adik beradik susuannya…bertempiaran mereka lari menyelamatkan diri…ibu kambing menjerit kepada anak singa, “Kau anak singa pertahankanlah kami!!!” namun anak singa ketakutan terus menyorok di belakang ibu kambing…sang serigala berjaya menangkap adik susuan anak singa dan merobek kulitnya tanpa belas…ibu kambing sungguh sedih lalu memarahi anak singa, “Setelah segala kasih saang yg aku tumpahkan ini yg kau balas, kau langsung x berusaha menyelamatkan adikmu…aku kecewa dgnmu wahai anak singa.”Anak singa terpinga2 xpaham apakah yg diomongkan bundanya itu…

Keesokan harinya serigala dtg lg…anak singa nekad mahu melawan..diterpa ke arah serigala dan diserodoknya dgn kepala…serigala ketakutan…anak singa berasa gah dan menjerit lantang “EMBIIIIIIIIIKKKKKKK”…terkejut serigala apehal singa ni mengembik…taulah dia di depannya berdiri seekor singa bermental kambing…serigala pon langsung berani melawan dan mencarik pipi anak singa…saat itu disaksikan seekor singa tua dari kejauhan…singa tua terus menerpa dan mengejar…bukan kambing atau serigala yg dikejar tetapi anak singa…namun kesemua binatang lari lintang pukang kerana tidak pasti siapakah target sebenar singa tua…anak singa lari dan terus berlari ketakutan yg amat…inilah kali pertama dia bertemu raksasa segagah dan sesasa itu walaupun telah lanjut usia…

Singa tua terus mencengkam leher anak singa dan mengheretnya ke pinggir sungai…disergah anak singa agar melihat bayangannya di air…terkejut anak singa dibuatnya melihat dirinya serupa singa tua…”Engkau seekor singa mengapa engkau berkelakuan kambing?Engkau raja rimba yg berwibawa mengapa engkau langsung tidak berkelakuan sewajarnya?”tanya singa tua…setelah berbicara panjang lebar barulah anak singa sedar dia sebenarnya telah mengalami kekeliruan identiti sejak sekian lama…maka anak singa pon cuba mengaum gagah “AAAAAUUUUMMM!!!!AKULAH RAJA RIMBA!!!!!!” dan ngauman perkasa itu membuatkan serigala dari jauh berlari bertempiaran…manakala singa tua tersenyum bahagia mendengarnya…

Jgn2 kondisi kita sebenarnya mirip anak singa ini…langsung tidak jelas akan jati diri dan potensi diri…hidup dalam belenggu kabur dengan identiti sendiri…hidup dalam tawanan rasa malas,melangkah dalam keraguan dan masih kelam ke mana harus dituju…namun alhamdulillah masih ada yg sgt jelas akan pacuan hidupnya…meniti kehidupan ssehari2 penuh optimis dan yakin diri…setiap hari baru adalah satu peluang baru melebarkan dimensi diri…semakin besar halangan semakin berkobar2 jiwanya menongkah samudera…namun golongan kedua ini hanya cebisan…

Ramai yg tidak faham untuk dia hidup dan bagaimana dia patut hidup…kalau ditanya bagaimana meniti arus kehidupan jawapannya lepak sudeyyhhh…jawapan ini jelas membuktikan mereka langsung tidak tahu bagaimana mengemudi bahtera kehidupan…langsung buta terhadap potensi diri yang Tuhan telah kurniakan…mungkin saja merekalah singa penakluk dunia…namun ternyata merekalah anak singa yang hidup dlm kawanan kambing yg mengalami konflik identiti…sungguh inilah senario yg sebenarnya…

jika ditanya kapan mahu berubah…

jawabnya aku xtahu bagaimana nak berubah…

mereka tidak tahu bagaimana mahu berubah kerana sedari kecil mereka dibelenggu dengan kehidupan pasrah dan berputus asa…mereka lupa sekali mereka membenarkan putus asa menjenguk diri maka itulah tabiat yang akan terus melekat dalam diri…inilah hakikatnya betapa ramainya anak singa yg bermental kambing dalam ummat ini…ya allah sedarlah wahai anak singa ummat ini, kalian punya potensi yang cukup dahsyat…kalian mampu untuk menggoncang dunia membela saudara kita yang dianiaya…kalianlah anak singa yang akan mengangkat kembali maruah mahkota kita yang selama ini diinjak2 dan ditunjal oleh mereka…bangunlah wahai ummat akhir zaman engkau bukanlah ummat sekawanan kambing…engkau adalah SINGA2 UTUSAN MAHA PENCIPTA…ayuh bangkit tunjukkan kepada dunia engkau bukanlah singa yang mampu diperkotak-katikkan…

Kekuatan kita adalah kekuatan belantara dunia…kekuatan kita mmg kekutan singa layaknya bukan seekor kambing sahaja…namun sayang apa yang aku lihat masih ramai yang bermental kambing…lagi menyedihkan ada yang sedar dirinya bermental kambing tp malu untuk berubah menjadi seekor singa kerana telah terbiasa menjadi kambing gamaknya…tp yg lebih parah lg ada yg sudah sedar dirinya kambing mahu yang lain tetap menjadi kambing malahan menjadi kambing yg lebih bodoh dari dirinya…kambing baka ini xsenang melihat perubahan positif orang lain…

Justeru mari kita hayati hidup kita sebagai seekor singa…Allah Taala telah memberi banyak kelebihan kepada ummat kita ini…ummat masa ini…anakpakcikmuhsin xbermaksudkan ummat zaman lain ye mmg zaman ni

 Marilah kita bermental ummat terbaik mulai saat ini…Allah Taala telah berfirman, “Kalian adalah sebaik2 ummat yang diciptakan untuk manusia kerana kalian berpesan kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran”…Allah Taala dah bg criteria ummat terbaik ie singa bermental singa…kita tinggal pilih je…

Semoga Allah menyentuh hati ummat terbaik zaman ini…Insha Allah…

 

saya budak baru belajar November 23, 2009

Posted by anakpakcikmuhsin in Uncategorized.
2 comments

alhamdulillah akhirnya aku berjaya jgk buat blog ni di tengah2 kekelaman IT aku…pertama skali nape ye aku nak wt blog ni?kak ain aka bunda hujuratku salu kate sila betulkan compass niat anda…ntah2 mungkin nak wt kerana rase cool org lain ade blog so aku pon kene ade…ke aku rase nak mempamerkan kebolehan menulisku aka riak ujub takabbur dan sebagainya…ape2 pon aku cpt rasa rindu pada kehidupan lamaku di tanah melayu…kt sane ble aku dpt je satu input baru xkesah la pasal hari kiamat ke cte nabi ke gossip terkini ahakzzzz…aku akan share ngan sape2 yg mendengar…tp sini kt kings college ni sape la sgt nak dgr aku membebel…justeru aku pon kene la tekanan perasaan…

last week aku pon meluahkan tekanan perasaan aku…bile aku x share something aku mula xbtol ngan amalan aku…korg perasan x kalo korg kate kt org xbaik mencuri xkan korg nak p mencuri…so sedikit sebanyak terdidik la jgk akhlak tu…justeru inilah pengharapan terbesar sebenarnye ngan wt blog ni…mungkin jgk ini tempat aku mengadu curahan hati…kalo indon diorg kate curahat….